BEG DUIT HILANG ?



HAI...ASSALAMUALAIKUM..

datang lagi sekali untuk kongsi pengalaman macam mana nak handle BEG DUIT korang yang hilang.

Dalam beg tu mesti banyak duitkan ? tak pon banyak kad bank yang duit tader dalam tu ? hahaha.. tapi sekarang ni aku nak fokus step by step macam mana nak settlekan part renew


1.KAD PENGENALAN,

2.LESEN MEMANDU

3.KAD ATM,

Kes yang ni pon sama.. aku handle untuk orang.. kalau kene batang hidung sendiri.. parah beb.. kusut......

ok.. jom start.. keep focus ok..

a) 

Bila korang sedar yang beg duit korang hilang.. perkara pertama aku nasihatkan.. cuba flashback semula apa yang jadi pada beg korang tu.. maksud aku.. korang ada kat mana.. dengan siapa.. zip handbeg tertutup ke tak.. last guna beg duit tu bila.. and macam2 soalan lain lagi yang boleh korang tanya pada diri sendiri untuk kepastian.


b) 

pergi balai polis yang berhampiran dengan korang.. cakap nk buat report untuk beg duit hilang.. pegawai tu akan tanya.. macam mne bole hilang.. terpulang la pada korang nak cerita kronologi kes korang macam mana.. tapi yang aku tahu.. tak nak kusutkan keadaan.. bagitahu beg duit korang tercicir atas kecuaian korang sendiri.. kalau korang bagitahu beg duit tu ada orang ambik.. polis selalunya akan kelaskan kes korang sebagai kes jenayah.. iyelah.. ada orang mencuri.. panjang ceritanya nanti..beg duit nyer edok jgak dapat kat kita dalam masa terdekat tu.. nak pakai duit oiiii... lagi 1..ayat2 dalam report polis tu mesti ok yang tak timbulkan pertanyaan orang lain sama ada kes cuai atau kecurian.. kalau timbul pertanyaan macam tu.. dinasihatkan.. korang pergi balai polis untuk ubah statment ayat report. wajib dapat cop polis tau..

c) 

Kemudian pergi jabatan pendaftaran negara (JPN) yang terdekat.. cakap nk buat kad pengenalan baru.. dan korang tunjuk report polis tu pada pegawai yang bertugas.. selalunya.. bila kad pengenalan hilang.. JPN akan denda korang.. tak silap aku haritu.. masa kes aku tlg handle tu.. nak kene denda RM100++... Tapi alhamdulillah sangat2 .. Allah tolong kami yang duit memang harapkan berapa keping je dalam poket masa tu.. kami cuba buat rayuan pada JPN dan lulus.. so korang pon boleh try buat rayuan.. cakap la korang tak ada duit nak bayar.. ada tanggungan lain lagi.. bagi la alasan yang munasabah.. jangan buat cerita "bersamumu" sudah lah.. meluat orang nak dengar... kalau korang pass nak buat rayuan.. kene isi borang.. dan tak perlu buat bayaran denda tu.. tunggu giliran and buat lah ic baru.. JPN selalunya ambik masa sebulan nak keluarkan kad pengenalan korang yang baru.. tak termasuk UTC and sesetengah JPN.. yang tu kejap je dah boleh dapat ic korang yang baru.. eh.. tah lah.. maklumat tak dikenalpasti.. kene check sendiri kat JPN... kalau yang ambik masa tu.. JPN akan keluarkan kad pengenalan sementara kat korang..




d)

 bila dah settle kat JPN.. korang boleh pegi ke JPJ pulak.. macam biasa tunjuk report polis and ic sementara korang tu.. kat JPJ pon tak silap aku kene denda jugak kalau lesen hilang.. try la buat rayuan.. kot free lagi ke.. hahaha.. hidup nak free sesaja korang erkk..




e)

 bila dah settle part ic and lesen... korang pegi la bank untuk buat kad atm yang baru.. ada sesetengah bank.. korang kene pergi sendiri ke bank yang korang bukak akaun tu.. walaupon beg duit korang hilang kat luar negeri korang.. ikut la prosedur macam mana nak buat kad bank yang baru.. ok ??



ok lah.. takat ini je story aku.. moral of story.. always beware dengan keadaan sekeliling.. bila dah hilang.. yang susahnya diri kita.. jangan dah terhantuk baru nak terngadah.. cewwah.. hahha... pesanan ikhlas dari saya Myra Yamin.. semoga sedikit sebanyak dapat tolong korang ye.. good luck kawan2.. babai..

Ulasan

  1. Klu xreport tak boleh ke ? Rushing dgn kerja .. mean pergi ke jpn bgthu ic hilang .. jpj bnk d lain² boleh ke

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MOTOR HILANG VS. CLAIM INSURANS 😭

LESEN MEMANDU KERETA