LESEN MEMANDU KERETA

Assalamualaikum guys.... hello...

Kali ni nak story tentang pengambilan lesen kereta kelas 'D' 2017

Seperti sedia maklum... setiap negeri dan institut memandu mempunyai rates harga tersendiri... korang kene pandai survey untuk dapat harga yang berpatutan tau! .

Aku fokuskan pada negeri kelahiran aku je la ok... sebab blog ini aku cerita daripada pengalaman sendiri... Aku asal daripada perak... dan aku ambik lesen memandu kelas 'D" manual bagi kereta di Kuala Kangsar... kat mana ?? Cari sendiri... kang aku terpromote free pulak... haha... 😄

Untuk info awal... aku dah ada lesen 'P' full untuk motorsikal... and no need tampal tampal sticker dah hokey... hahaha

Seperti yang korang tahu... sistem pengambilan lesen bersama JPJ ni sudah pun diperbaharui sejak beberapa tahun yg lepas.. ada penambahan yang perlu dipatuhi oleh calon untuk lulus... penambahannya ialah RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) , RSM (Rutin Sebelum Memandu) ..

Apa itu RPK ? 
* dalam bahasa mudahnya... korang wajib untuk menghafal apa yang ada pada luaran kenderaan... iaitu lampu, no plat, cermin, tayar dan  juga termasuk bahagian enjin..korang diwajibkan untuk cerita fizikal kenderaan tersebut satu persatu tau ! Details untuk RPK tu akan diajar cikgu kat sekolah memandu tu...



Dan apa pulak RSM ?
* Dalam bahasa mudahnya juga... korang diwajibkan untuk menghafal satu persatu di dalam kereta tu pulak.. macam simbol2 meter tu... laraskan kerusi... hon... tali pinggang keledar... dan detailsnya sila belajar masa korang ambik lesen tu ye... tolong jangan malas dan ambik sambil lewa je... kalau korang tak pass bende alah ni semua... korang berhak di gagalkan...




Apa kebaikan penambahan sistem ni ?
* ok la... bagi aku dlu pon masa ambil lesen ni... rasa macam leceh gila nk menghafal... struggle gila weii nk menghafal satu satu .. dulu tahu bawak je... tapi bila difikirkan balik... ada baiknya sebab daripada RPK dan RSM ni korang dapat kenal setiap komponen di kerete tu... bila orang tanya apa itu ini.. korang dah dengan yakin bole menjawab... tak ada la kene tipu hidup2 ... hahaha...

Cara pembayaran lesen... bukannya korang kene bayar sekali gus... bole buat beberapa kali pembayaran.. ikut pada  rates institut tu la...

●Bila nak ambik lesen... korang diwajibkan masuk kelas cermah selama 6jam.. dalam kelas tu buku teks disediakan dan ada no siri ye...

● kemudian ambik ujian MyEG (ujian komputer) dan wajib lulus untuk next step... tak lulus sila buat ulangan ye.. kalau lulus... bermakna korang dah ada lesen 'L' kereta... keputusan ujian MyEG tu perlu di serahkan pada pejabat institut memandu untuk buat kad lesen 'L' korang.. ambik masa seminggu hingga 2 minggu...

● kemudian.. tunggu call daripada institut untuk korang buat kelas 5jam setengah di dalam litar.. kalau pejabat tu macam lambat je panggil korang... korang call la tanya status korang macam mana...

● bila sudah selesai litar 5jam setengah... korang kene tunggu tempoh lesen melebihi tempoh matang selama sebulan 9 hari kalau tak silap saya...  selepas itu baru boleh untuk lesen "P"..

● bila sudah genap tempoh matang lesen... korang dah boleh booking test JPJ dan mulakan kelas 10jam latihan di litar dan jalan raya... jadual korang bole minta di pejabat atau cikgu yang mengajar korang...

So... itu sahaja step untuk korang lulus semasa test JPJ.. manfaatkan 10jam dan 5jam setengah itu dengan ilmu dan tips daripada cikgu memandu tu...  daripada zero bawak kerete... kalau fokus... insya allah dh boleh lulus ujian tu... gunakan info yang sedia ada untuk membantu korang ok... dan saya minta maaf... info yang saya tulis kalau ada tersilap dimana2 bahagian ye.... so... good luck ye semua.... terima kasih sudi baca... babai... 😉









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MOTOR HILANG VS. CLAIM INSURANS 😭

BEG DUIT HILANG ?