RAWATAN CHICKEN POX

Assalamualaikum dan haiii

So mood kali ni nak cerita macam mana aku rawat untuk penyakit chicken pox masa aku berumur 21 tahun (2016).. yes ! That is my first time kene.. sumpah waktu tu aku rasa nak bunuh diri. my confident level drop 99.99%.. just bayangkan.. skin aku selama 20 tahun ok je. Setakat parut2 jerawat tu normal la. Skin aku cerah. Hmmm.. tibe2 breakout teruk gila tuttt




Before aku bagitahu how my treatments. Aku story sikit macam mana aku boleh kene.  Aku cerita secara ringkas yang korang akan senang faham.

Sehari sebelum aku kene chicken pox. Aku rasa badan aku macam semacam tau. Tapi aku ignore je perasaan tu. Lagi pon aku ulang alik kerja naik public transport. Itu pon antara punca2 aku terkene penyakit ni.. aku naik Komuter every single day.. masa aku ontheway balik dari kerja. Aku perasan aku jadi macam "libang libu".. aku rasa badan macam on off nak demam. Selseme. mata pedih dan macam nak muntah.

N malam sebelum aku nak mandi.. aku perasan macam jerawat badan kat dada aku.. biul time tu.. pegi picit.. memang lagi cepat merebak la.. Hahahaha.. lepas picit baru aku tanya pendapat kakak aku  apa yg aku picit tu.. kakak aku syak aku kene jangkit chicken pox. Mood aku dah swing time tu... cuma berdoa itu bukan chicken pox. Tapi.... yes... it is CHICKEN POX...! 2 minggu aku tak ada selera makan.. tak keluar jumpa sesiapa pon dok terperap dalam bilik.. n aku MC 2 minggu.. rasa macam nak pakai purdah weii kalau keluar..waktu tu fikir, mungkin dah sampai hidayah untuk aku mula berpurdah.. hahahahaha

ok la, balik pada cara rawatan aku untuk sembuhkan penyakit chicken pox. cara ni sesuai jugak untuk baby tau. jangan PM pulak minta beli dengan aku. aku tak jual tau!

1. SABUN MARINE HIJAU

sabun ni seriously memang berkesan. bila korang dah detect kene chicken pox, korang dah boleh pergi cari sabun ni kat agent yang sah! tak digalakkan beli kat kedai kedai jamu tu.. sebab sekarang dah ada yang FAKE! sila berhati-hati.. sabun ni mahal la sikit.. tapi jimat.. boleh potong kecil-kecil.. 1 ketul sabun ni dalam Rm30++.. kalau 1 kotak ada 3 ketul , harga dalam Rm100++.. sesuai jugak yang ada masalah kulit, jerawat ke, parut ke.. memang berkesan kalau pakai setiap hari..

CARA PAKAI:
Sebelum mandi, basahkan sikit badan dan muka dengan air.. lepas tu tonyoh sabun tu sampai berbuih pekat kat tangan.. kemudian usap pada badan dan muka.. urut secara perlahan sampai buih tu meresap dalam kulit.. biarkan sampai kering pada badan. boleh la sementara tu tengok tv ke, main handfon ke.. lepas tu baru boleh pergi mandi.. masa mandi pon sama.. buat lagi sekali step yang sama.. dah meresap buih tu.. baru bilas.. pakai setiap hari.. sebab parut chicken pox akan mudah hilang..

bila dah kene chicken pox.. korang kene stop serta merta apa-apa produk pon untuk muka dan badan.. sebab sabun marine ni dah cover untuk semua tu.. bebaskan badan dan muka korang dari apa2 bahan pon ok!

2. MANDI AIR DAUN SEMAMBU

daun semambu ni kalau kat bandar susah sikit nak dapat. tapi bila korang dapat, ambik banyak sikit buat stock untuk 3 ke 4 hari.. kalau ikutkan cakap orang tua-tua.. daun ni bantu badan kita segar, kalau demam cepat kebah.

CARA PAKAI:
ambik 1 baldi air, 3 atau 4 ranting daun semambu yang dah dipetik tu. masukkan daun-daun tu dalam air dan ramas.. digalakkan berselawat Nabi ketika meramas daun tu..bila dah siap mandi dengan sabun marine.. air daun semambu ni dijadikan bilasan yang terakhir untuk mandi. kemudian daun-daun tu sila kutip dan buang..


3. PRODUK ORGANIK UNTUK HILANGKAN PARUT

 

produk kat atas ni pun elok untuk membantu hilangkan parut.. banyak lagi tapi digalakkan produk yang berasaskan organik tau.. dah patut guna produk ni since chicken pox dah mula kering.. jangan lambat pakai tau.. sebab parut chicken pox ni.. bila dah lama dia akan mula menghitam dan susah nak hilang..

ok la.. takat ni je ceritanya ye..  apa yang aku cerita ni, berdasarkan pengalaman. dan ini adalah cara sampingan untuk sembuhkan penyakit chicken pox.. ubat doktor tetap kena makan on time.. faham??

cara-cara ni pun selamat digunakan untuk baby jugak tau..

so selamat mencuba.. dan semoga cepat sihat dan cantik semula..

terima kasih sebab membaca. bye bye..
assalamualaikum. <3 😇

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MOTOR HILANG VS. CLAIM INSURANS 😭

LESEN MEMANDU KERETA

BEG DUIT HILANG ?